Balasan Kebaikan

Pada zaman dahulu,  ada seorang hartawan yang mempunyai seorang anak gadis. Hartawan itu sangat bakhil. Anaknya pula sangat baik hati.

Pada suatu hari, seorang pengemis telah datang mengetuk pintu rumah mereka. Apabila gadis itu membuka pintu tersebut,   pengemis itu berkata "Tolonglah berikan saya sedikit roti. Saya kelaparan."

Gadis yang baik hati itu pun bergegas mengambil sebuku roti yang masih panas dari dapur dan memberikannya kepada pengemis tadi. Apabila pengemis itu sudah pergi, ayahnya pun datang marahkan anak gadinya kerana memberi roti kepada orang lain.

Ayahnya itu sangat lokek. Dia tidak dapat memaafkan anaknya kerana memberikan roti tadi. Seperti orang gila, si ayah telah mengambil sebilah pisau dan memotong tangan kanan anaknya itu.

Tidak lama kemudian, hartawan itu telah jatuh miskin. Dia hidup melarat dan mati dalam keadaan terhina. Anaknya yang sudah kehilangan sebelah tangan kini terpaksa mengemis untuk hidup.

Suatu hari, dia pergi ke sebuah rumah yang besar untuk meminta sedekah. Seorang wanita yang agak berumur keluar untuk melihat siapa yang mengetuk pintunya. Sbeaik saja dia melihat anak gadis itu, dia begitu tertarik dengan kecantikan dan tingkah lakunya yang sopan.

Wanita itu menawarkan jika dia sanggup mengahwini anak lelakinya. Gadis itu bersetuju dan perkahwinan pun berlangsung segera.

Wanita itu tidak memberitahu anaknya,  berkenaan tangan kanan isterinya yang kudung. Bila mereka makan bersama-sama pada malam itu,  isterinya mengunakan tangan kirinya. Ini menghairankan suaminya.

Walaupun suaminya berkali-kali memintanya menukar tangan namun gadi itu tetap makan dengan tangan kiri. Tiba-tiba dia terdengar satu suara ,"Kerana kamu sudah menyediakan sebuku roti dengan ikhlas, kamu patut mendapat tangan kamu kembali."

Apabila gadis itu melihat tangan kanannya, di dapati ia sudah kembali seperti biasa. Dia sangat bergembira dan bersyukur kepada Allah kerana mengembalikan tangannya. Itulah ganjaran di atas perbuatan yang baik lagi ikhlas.

sekian.

 

Bergegas bermaksud tergesa-gesa

Lokek bermaksud kedekut, bakhil